Pages

Friday, April 13, 2012

2 gempa sederhana gegar Sumatera

KUALA LUMPUR: Dua gempa bumi sederhana menggegarkan Sumatera, Indonesia malam tadi.

Gempa pertama berukuran 5.4 pada skala Richter melanda barat daya Sumatera pada jam 7.01 malam tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini, malam tadi.

Gempa bumi itu berlaku kira-kira 355 kilometer(km) di barat daya Pagar Alam, Sumatera dan 954km di barat daya daerah Pontian, Johor.

Sementara itu, gempa kedua berukuran 5.6 pada skala Richter melanda pantai barat utara Sumatera pada dua jam selepas itu.

Pusat gempa berlaku kira-kira 269km di barat daya Simeulue dan 815km di barat daya Batu Ferringhi, Pulau Pinang.

Kedua-dua gempa itu tidak menimbulkan sebarang ancaman tsunami, menurut kenyataan itu. - BERNAMA

No comments: