Pages

Wednesday, March 7, 2012

Perisik CIA dibicara semula

Perisik CIA dibicara semula - Global - Sinar Harian:
Perisik CIA dibicara semula

TEHERAN - Mahkamah Agung Iran mengarahkan perisik Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang telah dijatuhi hukuman mati kerana mengintip negara itu supaya dibicarakan semula, menurut agensi berita tempatan, kelmarin.

Pada Januari lalu, Amir Hekmati, 28, menjadi warga Amerika berketurunan Iran pertama dijatuhi hukuman mati sejak Revolusi Islam di negara tersebut pada 1979.

Kes itu didakwa telah meningkatkan lagi ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran berikutan Washington bersama sekutunya mengenakan sekatan akibat keengganan Teheran untuk menghentikan program pembinaan nuklearnya.

Iran turut menuduh Hekmati menjalani latihan khas semasa bertugas di pangkalan tentera AS di Iraq dan Afghanistan sebelum meneruskan misi risikan di negara tersebut.

Agensi berita Isna melaporkan pendakwa raya, Gholam Hossein Mohseni Ejehei menyatakan Mahkamah Agung mengarahkan kes itu dikaji semula kerana mendapati terdapat kelemahan selepas tertuduh mengemukakan rayuan.

Kes sebelum ini melibatkan tiga warga Amerika di Iran yang ditahan di sempadan negara tersebut kononnya atas dakwaan mengintip hanya dapat diselesaikan selepas dua tahun selepas bukti menunjuk­kan mereka tidak bersalah.


'via Blog this'

No comments: