myMetro | Iran benar IAEA masuk Parchin: "TEHERAN: Iran semalam berkata, ia akan membenarkan pemeriksa Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) memeriksa kompleks tentera Parchin.
Kompleks berkenaan didakwa menjadi tempat Iran menjalankan kajian letupan kuat yang didakwa ada kaitan dengan senjata nuklear.
Laporan IAEA tahun lalu menyatakan, Iran membina ruang besar di Parchin di tenggara Teheran untuk melakukan ujian letupan, penunjuk paling kuat bahawa Iran berusaha untuk menghasilkan bom atom.
Februari lalu, pihak berkuasa Iran tidak membenarkan pemerika IAEA memasuki kompleks berkenaan atas alasan ia kawasan tentera. - AP"
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment