HISHAMMUDDIN berbual mesra dengan keluarga Mohd Suhairy Mohamad dan isteri, Nurul Huda Saadi yang memangku, Mohd Haris Rayyan, 3 bulan, ketika melawat kuarters Jabatan Imigresen di Kompleks Kementerian Dalam Negeri Johor, dekat Taman Setia Tropika, Johor Bahru, semalam.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, mereka ditahan pada bulan lalu hasil kerjasama risikan antara dua negara.“Mereka dihantar pulang selepas atas permintaan kerajaan Singapura. Kita mempunyai hubungan baik dengan negara jiran dan tidak akan membenarkan penjenayah bebas merentas sempadan seumpama itu,” katanya selepas melawat kuarters Jabatan Imigresen di Kompleks Kementerian Dalam Negeri Johor, dekat Taman Setia Tropika, di sini, semalam.Difahamkan, mereka yang ditahan itu pengasas JI Singapura, Sahrudin Mohd Sapian, yang pernah menerima latihan di Afganistan pada 2000, manakala dua lagi adik beradik, Mohamed Rafee dan Abd Rahim Abdul Rahman.
Mohamed Rafee juga dikatakan mendapat latihan di Afghanistan dan dipercayai membekalkan sokongan logistik kepada rangkaian pengganas itu. Tiga tahanan itu kini ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri Singapura.
Sehubungan itu, Hishammuddin memberi amaran tegas kepada penjenayah dan pengganas bahawa mereka tidak akan kekal selamat jika cuba bersembunyi di negara ini.
“Kita sudah mengusir tiga warga Singapura yang ada kaitan dengan rangkaian keganasan. Jadi jangan sesiapa sama ada penjenayah atau pengganas melihat Malaysia sebagai tempat perlindungan atau lokasi transit untuk melakukan jenayah.
“Jangan ingat anda akan selamat dan mendapat perlindungan di negara ini. Malaysia masih tidak dilihat sebagai negara sasaran puak (pengganas) ini kerana kita sentiasa pantau keselamatan dan menanganinya serta-merta,” katanya.
Sementara itu, mengulas susulan penahanan warga Iran berusia 31 tahun di Terminal Penerbangan Tambang Murah pada 14 Februari lalu, yang disyaki terbabit dalam kes pengeboman di Bangkok, Thailand, beliau mengesahkan sudah menandatangani dokumen ekstradisi dengan Thailand supaya kes itu dapat dibawa ke peringkat penghakiman negara ini.
Mengenai lawatannya, katanya, kebajikan kakitangan jabatan itu perlu dijaga bagi membolehkan mereka berkhidmat dengan baik dan selesa.
Katanya, menerusi lawatan seumpama itu pihaknya mengenalpasti sebanyak 192 unit rumah yang diduduki kakitangan Imigresen ketika ini dalam keadaan daif.
“Oleh itu, kita akan bertindak menangani masalah ini termasuk sama ada menaik taraf mahupun mencari tanah bagi menyediakan perumahan yang selesa dan memenuhi keperluan kakitangan ini,” katanya.
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment