Pages

Wednesday, March 7, 2012

Netanyahu beri amaran

myMetro | Netanyahu beri amaran: WASHINGTON: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam mengakhiri lawatan berprofil tinggi ke Amerika Syarikat yang tertumpu pada program nuklear Iran selepas memberi amaran bahawa negara Yahudi itu tidak akan hidup ‘dibayangi kemusnahan.’

Pemimpin rejim Zionis itu dijadual berbincang dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton dan melawat Kongres sehari selepas berunding dengan Presiden Barack Obama yang berlatar belakangkan spekulasi mengenai kemungkinan Israel menyerang Iran. “Malangnya, Iran meneruskan program nuklearnya. Israel sudah menanti dengan harapan usaha diplomasi akan berjaya. Kami tunggu supaya sekatan yang dikenakan akan berjaya. Tidak seorangpun di antara kami sanggup menunggu lebih lama lagi,” kata Netanyahu kepada kira-kira 13,000 orang yang hadir pada majlis anjuran kumpulan pelobi Israel di Amerika Syarikat (AIPAC).


“Selaku Perdana Menteri Israel, saya tidak sekali-kali akan membiarkan rakyat saya hidup ‘dibayangi kemusnahan,’” katanya.

Netanyahu memperoleh sokongan padu daripada anggota Kongres Amerika Syarikat meskipun Hillary sering menyuarakan rasa tidak puas hati mengenai pembinaan penempatan haram Yahudi di bawah pentadbiran pemimpin Zionis itu.


Ketika berucap, Netanyahu memuji Kongres dengan berkata, lebih separuh daripada anggota Dewan berkenaan hadir pada majlis itu.


Dia kemudian meminta hadirin bangun dan memberi tepukan kepada anggota dewan perwakilan Amerika itu.

“Baik Demokrat mahupun Republikan, saya tabik sokongan berterusan anda terhadap kaum Yahudi,” katanya.


Pemimpin Zionis itu selanjutnya mengadakan perbincangan dengan pemimpin Kongres Amerika Syarikat semalam mengenai cara terbaik bagi menangani cita-cita nuklear Iran.

Pentadbiran Obama memberi isyarat bahawa ia masih belum percaya Iran sudah memutuskan untuk menghasilkan senjata nuklear atau masanya sudah tiba untuk tindakan ketenteraan dan memilih untuk melihat kesan sekatan. Israel yang melihat kemungkinan Iran menghasilkan senjata nuklear, percaya Teheran hanya menanti masa untuk memiliki senjata berkenaan sebaik saja ia menghasilkan uranium gred senjata. - AFP


'via Blog this'

No comments: