Pages

Friday, March 23, 2012

Pembelot mahu serang Damsyik

TENTERA Syria memburu pemberontak di sekitar Damsyik.
TENTERA Syria memburu pemberontak di sekitar Damsyik. 

TENTERA Syria memburu pemberontak di sekitar Damsyik.
Pemberontak tubuh majlis tentera selaras operasi sekitar ibu kota Syria

BEIRUT: Pemberontak Tentera Syria Merdeka (FSA) menubuhkan sebuah majlis tentera untuk menyelaras operasi di sekitar Damsyik, berikutan konflik selama setahun di ibu negara itu ketika menolak gesaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya semua pihak memulakan gencatan senjata.

“Saya Kolonel Khaled Mohammed al-Hammud, mengumumkan pembentukan majlis tentera bagi Damsyik itu dan wilayah lain yang akan bertanggungjawab terhadap operasi FSA di rantau ini,” kata seorang askar berpaling tadah dalam satu klip video yang disiarkan di internet.
Dia mengundang ‘pegawai lain yang masih setia dalam tentera Bashar, merujuk kepada Presiden Bashar al-Assad, menyertai pemberontak.

Ahmad al-Khatib, yang menganggap dirinya sebagai jurucakap pemisah kawasan Damsyik berkata, majlis itu ‘mewakili sebuah kepimpinan bersatu bagi mereka yang belot daripada tentera untuk memberi sokongan kepada FSA.

Pemantau berkata, lebih 9,100 penduduk dibunuh dalam satu kebangkitan menentang Bashar yang bermula dengan bantahan aman sebelum bertukar menjadi kempen bersenjata, dalam berhadapan dengan tindakan keras yang meragut nyawa setiap hari.

Pemberontak bersenjata ringan berundur dari beberapa bandaraya sejak permulaan Mac selepas berhadapan dengan tentera kerajaan yang dilengkapi senjata berat.
Mereka menggunakan taktik serang dan undur dengan memberi tumpuan kepada Damsyik sejak seminggu lalu. Ibu kota itu terlepas daripada dilanda pertumpahan darah terburuk sebelum ini.

Ketika mengulas gesaan PBB mengenai gencatan senjata itu, anggota Jawatankuasa Eksekutif Majlis Kebangsaan Syria, Samir Nashar, berkata:

“Kenyataan seperti itu yang disiarkan ketika pembunuhan berterusan, memberi peluang kepada rejim pemerintah terus menindas bagi menghancurkan pemberontakan rakyat Syria.

“Kami berharap PBB bersatu dengan mengeluarkan resolusi tegas bagi menghalang pembunuhan berterusan dan pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Bashar.

“Tiba masanya bagi Majlis Keselamatan PBB menggunakan kuasanya bagi menghentikan pembunuhan ini.” – AFP

No comments: