Pages

Friday, March 23, 2012

‘Mak saya pergi dulu’

myMetro | ‘Mak saya pergi dulu’:MUKAH: “Indai (mak), saya terpaksa pergi dulu kerana tidak tahan sakit. Bila saya mati, tolong serahkan rantai emas serta duit simpanan kepada Elisa Micel Jimmy (anak angkat).”
Itu nota yang ditemui dalam bilik tidur Jonathan Dana, 33, yang dipercayai membunuh diri dengan menelan 95 biji pil tidur, kelmarin.

Nota berkenaan ditemui ibunya, Sedai anak Senin, 55, yang curiga apabila beberapa panggilannya tidak disahut, sebelum melihat anak lelakinya itu kaku dalam keadaan terduduk di ruang dapur.
Selepas diperiksa, Jonathan didapati sudah tidak bernyawa dipercayai akibat menelan 95 pil tidur, kira-kira jam 1.30 tengah hari.

“Surat ditulis dalam bahasa Iban itu meminta saya menyampaikan amanah kepada anak angkatnya, Elisa Micel Jimmy selain menceritakan punca kematiannya. “Mendiang menghidap sakit pinggul sejak beberapa tahun lalu menyebabkan dia mati pucuk dan pernah menyuarakan hasrat mahu bekerja sebagai pemandu lori, tetapi disebabkan penyakit dihidapi, dia terpaksa duduk di rumah.

“Beberapa kali dia memberitahu tidak mahu hidup lama kerana tidak tahan menanggung derita akibat sakit di bahagian punggung,” katanya ketika ditemui Harian Metro di Rumah Panjang Garit, Batu 15, Jalan Selangau-Mukah, semalam.
Menurutnya, mangsa masih bujang dan mengambil seorang anak abangnya untuk dijadikan anak angkat yang kini berusia sembilan tahun.

Sedai berkata, dia cukup sedih kerana melihat penderitaan dilalui anaknya itu sehingga mengambil keputusan membunuh diri.
“Kami sudah berusaha membantu, tetapi dia tetap dengan pendirian, tidak mahu menyusahkan orang lain,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Dana anak Langkah, 62, mengakui kehidupan mendiang sering dirundung kesedihan kerana penyakit dihidapi dan tidak mahu menyusahkan keluarga.

“Pada hari kejadian, kami tiada di rumah kerana bermalam di rumah panjang iaitu lima kilometer dari rumah kami dan hanya menyedari kejadian itu sebaik pulang ke rumah keesokannya.

“Isteri saya hairan kerana semua tingkap dan pintu belum dibuka sebelum mencari mendiang di sekitar rumah dan terkejut melihat keadaannya yang sudah meninggal dunia,” katanya.

'via Blog this'

No comments: