Pages

Friday, March 23, 2012

Askar Mali rampas kuasa

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:




SEKUMPULAN tentera Mali menaiki trak tentera di sebatang lebuh di Bamako, Mali semalam. Presiden Mali, Amadou Toumani Toure dipaksa meninggalkan Istana Presiden dalam rampasan tentera semalam dan dilaporkan berada di lokasi yang selamat. - AFP



BAMAKO 22 Mac - Sekumpulan askar Mali hari ini mendakwa mereka merampas kuasa daripada sebuah 'rejim yang tidak cekap' dan menggantung Perlembagaan serta membubarkan institusi-institusi di negara ini.
Perampas kuasa yang menggelar diri mereka sebagai Jawatankuasa Kebangsaan bagi Penubuhan Demokrasi berkata, mereka mengambil tindakan itu kerana 'ketidakupayaan' kerajaan menangani pemberontakan yang diketuai puak Tuareg di utara Mali.
Berbelas-belas askar muncul di televisyen kerajaan pada sekitar 0445 GMT (12.45 petang waktu Malaysia) selepas mengambil alih stesen penyiaran di ibu negara ini, Bamako.
Jurucakap kumpulan itu, dikenali sebagai Leftenan Amadou Konare berkata, rampasan kuasa dilancarkan berikutan 'kekurangan peralatan untuk mempertahankan negara' serta ketidakupayaan kerajaan untuk memerangi keganasan.
Beliau berjanji negara ini akhirnya akan diletakkan semula di bawah pemerintahan awam.
Pemimpin rampasan kuasa itu dikenal pasti sebagai Kapten Amadou Sanogo yang muncul seketika untuk mengumumkan penguatkuasaan perintah berkurung, tanpa menyatakan tempohnya.
Kumpulan askar yang memberontak itu muncul di kaca televisyen sejurus selepas mereka mengambil alih Istana Presiden dan menangkap beberapa menteri, termasuk Menteri Luar, Soumeylou Boubeye Maiga dan Menteri Dalam Negeri, Kafouhouna Kone.
"Kami kini menguasai istana Presiden," kata seorang daripada mereka.
Sementara itu, sumber bebas berkata, Presiden Amadou Toumani Toure yang sebelum itu bersembunyi di dalam istana ketika kejadian berbalas-balas tembakan berlaku di luar istana Presiden, telah dapat melarikan diri dari bangunan itu.
Toure dijadual berundur sebelum pilihan raya pada bulan depan selepas dua penggal menjadi Presiden dan beliau tidak akan bertanding semula. - AFP

'via Blog this'

No comments: