LOS ANGELES 22 Mac – Tragedi kapal Titanic yang karam di Lautan Pasifik merupakan satu daripada peristiwa penting pada abad ke-20 yang sehingga kini terus menjadi misteri yang membingungkan saintis dan ahli sejarah selama beberapa dekad.
Sehingga kini aura misteri itu masih kekal bersama kapal itu di dasar lautan, tetapi National Geographic Magazine untuk edisi April 2012 buat pertama kalinya akan mendedahkan gambar-gambar terbaru mengenai bangkai Titanic.
Gambar yang diambil menggunakan teknologi seni negara oleh kumpulan penyelidik bebas, Institut Lautan Woods Hole (WHOI) itu, memberi pemahaman yang lebih jelas tentang apa yang sebenarnya berlaku ke atas kapal itu pada 15 April 1912.
Gambar-gambar itu juga adalah hasil pelaburan bernilai berjuta-juta dolar serta ekspedisi selama dua bulan yang menggunakan beberapa pendekatan berbeza untuk mendapatkan imej yang tidak pernah dilihat sebelum ini.
WHOI yang menjalankan ekspedisi itu pada Ogos dan September 2010 menggunakan kenderaan robot untuk mengumpulkan gambar tersebut ketika program mengelilingi kawasan bangkai kapal Titanic.
Imbasan tepi dan multi sinaran sonar digunakan untuk menyimpan setiap butiran kapal itu dan menilai perubahan yang berlaku sejak ekspedisi sebelum ini.
Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Kebangsaaan telah mengkaji bangkai kapal Titanic selama beberapa dekad dan seorang daripada ketua pakar arkeologinya telah menjelaskan kepada The National Geographic tentang kepentingan penggunaan teknologi dalam mengambil gambar terbaru itu. – AGENSI
No comments:
Post a Comment