Pages

Friday, March 23, 2012

Bayi terlipat dua tersepit bawah kereta



Oleh Junita Mat Rasid, Mohd Fahmi Yusoff dan Ahmad Othman
bhjb@bharian.com.my
2012/03/23

MOHD ILMAN  dirawat di Hospital Sultanah Aminah selepas  dilanggar kereta milik keluarganya di Taman Desaru Utama, Kota Tinggi, semalam.
MOHD ILMAN dirawat di Hospital Sultanah Aminah selepas dilanggar kereta milik keluarganya di Taman Desaru Utama, Kota Tinggi, semalam.
Kenderaan undur selepas kakak tak sengaja tertekan brek tangan 

BANDAR PENAWAR: Seorang bayi 18 bulan cedera parah selepas kakaknya tertekan brek tangan kereta keluarga, menyebabkan kenderaan itu berundur melanggar mangsa dalam kejadian di Taman Desaru Utama, dekat sini.
Dalam kejadian jam 6.30 petang kelmarin itu, Mohd Ilman Saddiq Mohd Abdul Hakim yang baru pandai berjalan, dikatakan mengekori kakaknya ke kereta tanpa disedari ahli keluarganya.
Kakak mangsa, Nur Izzati Nafisah, 14, dikatakan tertekan brek tangan Proton Iswara itu ketika ingin mengeluarkan barang menyebabkan kenderaan itu menggelungsur ke belakang sebelum melanggar Ilman. 

Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius termasuk di paru-paru apabila badannya terlipat dua akibat tersangkut pada bampar belakang kereta berkenaan dengan pintu pagar. 

Ibu mangsa, Salinda Kamisan, 38, yang bekerja sebagai pembantu koperasi Sekolah Sukan Bandar Penawar, berkata Nur Izzati tidak menyedari adiknya berdiri berhampiran pagar ketika secara tiba-tiba kereta itu mengundur dan merempuh pagar berkenaan. 

“Pada mulanya saya menyangka Ilman terjatuh apabila terdengar dia menjerit kuat, sebelum bergegas keluar dan mendapati dia sedang tersepit. 
“Jantung saya hampir terhenti sejurus melihat Ilman terperosok di bawah kereta. Saya cuba memanggil namanya berulang kali tetapi tiada jawapan menyebabkan saya bimbang dengan keadaannya. 

“Saya menjerit meminta bantuan sebelum beberapa jiran datang bersama jek hidrolik bagi mengangkat bahagian belakang kereta itu bagi mengalihkan Ilman tetapi gagal. Lima jiran lelaki kemudian sepakat mengangkat bahagian belakang kereta sebelum kami dapat mengeluarkan Ilman,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Aminah (HSA). 

Sementara itu Nur Izzati Nafisah ketika ditemui, kelihatan masih trauma dengan kejadian yang menimpa adiknya. 

“Saya tidak perasan adik saya yang baru pandai berjalan itu ikut belakang sampai ke pintu pagar. Ketika masih berada dalam kereta, tiba-tiba saya mendengar jiran depan rumah menjerit mengatakan adik saya sudah terperosok ke bawah kereta. 

“Saya terkejut apabila mendapati Ilman berada di bawah kereta. Saya tak dapat nak gambarkan keadaannya ketika itu dan saya tak sampai hati nak melihatnya terpaksa menanggung kesakitan,” katanya.

No comments: