KOTA KINABALU 10 Jan. - Seekor ikan paus pembunuh Pygmy ditemui terdampar di pantai Tanjung Aru di sini hari ini.
Ikan paus berkenaan ditemui pada pukul 7 pagi oleh beberapa pengawal keselamatan Hotel Shangri-La Tanjung Aru yang sedang melakukan rondaan.
Saiz dan berat paus berkenaan bagaimanapun masih belum dikenal pasti setakat ini.
Seorang pengawal keselamatan yang enggan dikenali berkata, ikan paus itu ditemui dalam keadaan lemah di pantai berkenaan.
"Kami telah membawa ikan itu ke kawasan air laut dan memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Perikanan Sabah, Jabatan Hidupan Liar dan juga Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia.
"Ikan paus berkenaan telah dibawa ke kawasan lagun hotel yang selamat daripada bot-bot nelayan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Pemuliharaan Marin WWF, Ken Kassem berkata, pihaknya akan terus memantau paus itu secara dekat termasuk memberi makanan.
Katanya, meskipun ia dilihat lemah, pihaknya masih belum mengenal pasti status kesihatan paus berkenaan.
"Kemunculan paus ini sangat menakjubkan dan kami berharap paus ini akan segera pulih dan dapat hidup dengan lebih lama di lautan luas," ujarnya.Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri:
No comments:
Post a Comment