Pages

Wednesday, January 11, 2012

Bashar salahkan rancangan asing

BEIRUT: Presiden Syria, Bashar al-Assad semalam menyalahkan ‘rancangan asing’ yang menyebabkan kebangkitan rakyat selama 10 bulan di negaranya sehingga mengorbankan ribuan nyawa.

Bercakap kepada khalayak ramai untuk kali pertama sejak Jun, Bashar turut berikrar untuk memerangi pengganas dengan kekerasan.


Pemimpin Syria itu berkata, beliau mengalu-alukan idea untuk meluaskan kerajaannya, termasuk membolehkan penyertaan semua parti politik di dalam kerajaan di samping mengadakan pungutan suara pada Mac mengenai perlembagaan baru.

Beliau berucap di Universiti Damsyik dan ucapan itu disiarkan menerusi televisyen.


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata, lebih 5,000 orang terbunuh apabila tentera bertindak untuk mengekang tunjuk perasaan anti-Bashar yang bermula Mac lalu. - ReutersmyMetro | Bashar salahkan rancangan asing:

'via Blog this'

No comments: