Pages

Wednesday, January 11, 2012

Bom kawalan jauh meletup di Kyber, 35 terkorban


PESHAWAR 10 Jan. - Sebutir bom kawalan jauh meletup di sebuah terminal bas di wilayah bergolak Khyber di barat laut negara ini, hari ini mengakibatkan sekurang-kurangnya 35 orang terkorban dan 69 yang lain cedera.

Letupan tersebut berlaku di Bazar Jamrud, salah sebuah bandar di wilayah kabilah itu, yang turut menjadi lokasi persembunyian militan Taliban dan al-Qaeda.

Bandar tersebut juga menjadi laluan untuk membawa bekalan bagi keperluan tentera Pakatan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Afghanistan.

"Bahan letupan itu diletakkan di dalam sebuah van penumpang dan diletupkan dengan alat kawalan jauh," kata pegawai keselamatan kanan daerah, Jamil Khan.

Pegawai berkata, sebanyak 23 mayat dan 34 mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Jamrud, sementara baki yang maut dan cedera dibawa ke sebuah pusat perubatan di Peshawar.

Jurucakap perkhidmatan ambulans, Mujahid Khan berkata, antara yang maut dalam letupan itu ialah tiga anggota separa tentera dari Kor Sempadan.

Seorang pegawai tertinggi pentadbiran di Khyber, Mutahir Zeb berkata, sasaran sebenar serangan masih belum dikenal pasti.

Pegawai berkata, sehingga kini masih belum ada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan serangan.

Tentera Pakistan sering menjadi sasaran militan termasuk Taliban Pakistan di Khyber sejak lebih empat tahun lalu.

Letupan hari ini juga merupakan yang paling besar berlaku pada tahun ini. Pada 30 Disember lalu, seramai 13 maut dalam satu kejadian letupan di bandar Quetta, barat daya negara ini. - REUTERSUtusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments: