Pages

Wednesday, April 27, 2011

Mayat penunjuk perasaan terbiar bergelimpangan di jalanan Daraa


BEIRUT: Pertempuran terus berlaku di bandar Daraa di selatan Syria ketika mayat terbiar bergelimpangan di jalan raya tanpa dituntut sesiapa, sehari selepas kerajaan melancarkan gerakan ganas ke atas penunjuk perasaan, semalam.
Sebuah kumpulan hak asasi manusia berkata, pihak berkuasa menahan puluhan orang di seluruh negara, terutama di pinggir Damsyik dan Jableh.

Tentera Syria dengan bantuan kereta kebal dan penembak curi melancarkan serangan menjelang subuh di Daraa kelmarin.

Bandar itu menjadi pusat kebangkitan rakyat menolak pemerintahan Presiden Bashar al-Assad sejak lebih sebulan lalu.

Sekurang-kurangnya 11 maut di bandar berkenaan.

Sejak pertengahan Mac lalu, lebih 350 orang maut di seluruh Syria dengan 120 terbunuh pada hujung minggu lalu. - AP

No comments: