Pages

Wednesday, April 27, 2011

Pembantah ditangkap selepas askar Syria gempur Daraa




BANTAHAN DAMAI: Seorang kanak-kanak turut menyertai tunjuk perasaan di bandar Daraya, kelmarin, menuntut agar pemerintah menghentikan pembunuhan ke atas para penunjuk perasaan. -- Foto AP




AS timbang laksana 'sekatan khusus' ke atas Damsyik
DAMSYIK: Ramai penduduk Syria telah ditahan semalam selang sehari pasukan tentera menggempur bandar selatan Daraa dan menembak mati sekurang-kurangnya 25 penunjuk perasaan.Badan hak asasi kemanusiaan Syria berkata, tangkapan dibuat awal semalam di beberapa daerah di Damsyik dan di bandar utara Jableh.Jumlah sebenar bilangan penduduk yang ditangkap tidak didedahkan.Sekitar 390 orang dipercayai telah terkorban sejak pemerintah Syria mengambil tindakan tegas ke atas para penunjuk perasaan yang telah menuntut pengunduran Presiden Bashar al-Assad.Semalam, pasukan tentera Syria masih meneruskan serangan ke atas para penunjuk perasaan di bandar Daraa.'Tembakan terus dilepaskan ke atas para penduduk tetapi kita akan terus melawan,' kata seorang aktivis, Encik Abdullah Abazid.Askar Syria bagaimanapun menegaskan mereka memasuki bandar itu kerana 'para penduduk setempat yang meminta bantuan' agar pihak tentera melenyapkan 'kumpulan pengganas' yang bertanggungjawab atas pembunuhan dan sabotaj di situ.Badan hak asasi kemanusiaan, Amnesty International, berkata kereta kebal telah digunakan untuk membedil bangunan awam di Daraa, kelmarin.'Presiden Bashar al-Assad harus menghentikan tindakan ini sekarang. Beliau harus mengundurkan tentera dari Daraa dengan segera dan memastikan perkhidmatan asas di bandar itu dipulihkan,' kata Pengarah Afrika Utara dan Timur Tengah Amnesty International, Encik Malcolm Smart.Sementara itu, Amerika Syarikat telah mengarahkan anggota keluarga kakitangan kedutaan dan sebilangan kakitangan bukan kritikal agar segera meninggalkan Syria.Ini berikutan 'ketidaktentuan dan ketidakstabilan' tindak balas pemerintah Syria terhadap penunjuk perasaan.Washington juga dilaporkan sedang menimbangkan melaksanakan 'sekatan khusus' ke atas Damsyik, kata jurucakap Majlis Keselamatan Nasional, Encik Tommy Vietor.Dalam pada itu, Britain, Perancis, Jerman dan Portugal akan mengemukakan usul kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar keganasan di Syria dikecam dan satu siasatan bebas dijalankan atas pembunuhan penunjuk perasaan.Setiausaha Luar Britain, Encik William Hague, berkata:'Britain sedang berusaha secara intensif dengan rakan antarabangsa kita bagi memujuk pihak berkuasa Syria agar menghentikan keganasan di samping menghormati hak asasi asas dan sejagat untuk berhimpun serta bebas bersuara.' - AFP, AP, Reuters.

No comments: