Pages

Wednesday, April 27, 2011

Diplomat Iran diarah keluar dari Bahrain

MANAMA: Bahrain semalam mengisytiharkan setiausaha kedua di kedutaan Iran di sini sebagai ‘persona non grata’ dan mengarahkan beliau meninggalkan negara itu dalam tempoh 72 jam berikutan dakwaan dikaitkan dengan satu sindiket pengintipan tajaan Kuwait.
Agensi berita BNA menamakan pegawai terbabit sebagai Hujatullah Rahmani dan berkata diplomat Iran di Bahrain itu dipanggil ke Kementerian Luar di mana keputusan akan dibuat terhadap beliau.
“Tindakan diambil oleh Kementerian Luar Bahrain itu bertujuan mengalih perhatian dan mengabaikan realiti seperti ini berdasarkan dakwaan tidak berasas yang bertentangan kepada hubungan baik negara jiran dan selaras dengan kepentingan asing,” kata jurucakap kementerian, Ramin Mehmanparast yang dipetik halaman web televisyen tempatan semalam.
“Kementerian Luar Bahrain kelmarin mengesahkan penolakan sebarang campur tangan dalam hal ehwal negara itu dan ahli lain dalam Majlis Kerjasama Teluk (GCC),” kata laporan BNA.

Ia juga menggesa republik Islam itu menamatkan tindakan tidak bertanggungjawab yang melanggar norma dan hubungan antarabangsa selain memberi ancaman kepada keselamatan serantau dan kestabilannya.

Awal bulan ini, televisyen Iran melaporkan tiga diplomat Tehran dan seorang kakitangan kedutaan diusir dari Kuwait kerana didakwa terbabit dalam satu sindiket intipan bagi Tehran, yang kali pertama didedahkan sejak serangan Amerika Syarikat menyerang Iraq.

Menteri Luar Kuwait, Sheikh Mohammad Sabah al-Salem al-Sabah mendakwa bahawa diplomat terbabit terbukti mempunyai hubungan dengan sindiket risikan, selepas tiga ahlinya dijatuhi hukuman mati oleh sebuah mahkamah Kuwait pada 29 Mac.
Pengusiran dilakukan ketika ketegangan meningkat antara negara Teluk Arab dan jiran mereka Iran. Sebagai tambahan terhadap dakwaan Kuwait mengintip IRan, Bahrain juga mendakwa Iran menjadi orang tengah dalam urusannya. – AFP , bharian

No comments: