Pages

Tuesday, February 15, 2011

Rakan latihan judo PM Rusia antara orang terkaya




MOSCOW 14 Feb. - Jutawan yang pernah menjadi rakan pelatih judo kepada Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin, Arkady Rotenberg (gambar) dan adik lelakinya melonjak 17 anak tangga dalam senarai orang paling kaya di Rusia yang dikeluarkan oleh sebuah majalah terkemuka negara ini.
Menurut majalah Finans hari ini, Rotenberg, 59, yang semasa remaja menjadi rakan berlatih judo dengan Putin di St. Petersburg, meningkat dalam senarai tersebut untuk menjadi orang ke-63 paling kaya di Rusia dengan memiliki kekayaan dianggarkan berjumlah AS$1.75 bilion (RM5.43 bilion).
Rotenberg yang mengendalikan kelab judo Yavara-Neva di St. Petersburg, di mana Putin menjadi Presiden Kehormat, mengetuai syarikat perkhidmatan tenaga Stroygazmontazh yang diberi kontrak untuk membina sebahagian saluran paip gas Nord Stream bernilai AS$12 bilion (RM37.2 bilion) merentasi Laut Baltik.
Beliau juga memegang saham dalam konglomerat pembinaan Mostotrest, yang mengumpul sebanyak AS$388 juta (RM1.2 bilion) dalam terbitan awam pada tahun lepas dan mendapat kontrak lumayan di pusat peranginan Sochi, Laut Hitam menjelang Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014.
Adik lelaki dan rakan niaga Rotenberg, Boris yang juga pakar judo, berkongsi di tangga ke-63 bersama abangnya.
Kelompok teratas dalam senarai itu tidak menyaksikan banyak perubahan, kerana jutawan industri keluli Vladimir Lisin yang memiliki Novolipetsk Steel, kukuh di tempat pertama dengan kekayaannya meningkat daripada AS$18.8 bilion (RM58 bilion) pada permulaan 2010 kepada AS$28.3 bilion (RM87.7 bilion).
Pertambahan kekayaan itu selaras dengan kenaikan nilai saham logam dan indeks saham Rusia.
Tidak ada muka baru di kalangan 10 tokoh paling kaya di Rusia.
Seorang lagi jutawan logam, Mikhail Prokhorov, dengan aset berjumlah AS$22.7 bilion (RM70.4 bilion), kekal di tangga kedua, manakala jutawan telekom, Alisher Usmanov menyingkirkan pemilik kelab bola sepak Chelsea, Roman Abramovich dari tangga ketiga. - Reuters Malaysia Online - Luar Negara

No comments: