2011/02/15
MUKA depan buku komik, Kate and William: A Very Public Love Story.
LONDON: Kisah percintaan bakal pasangan diraja Britain kini dijadikan bahan cerita menerusi komik pula.Sebuah buku komik mengisahkan percintaan Putera William dan Kate Middleton dijangka diterbitkan April ini, menyertai kumpulan buku lain dan memorabilia yang membanjiri pasaran sebelum majlis perkahwinan diraja 29 April ini.“Sering ada satu tradisi di negara ini mengenai komik untuk kalangan gadis yang mengimpikan bertemu seseorang terkenal dan jatuh cinta,” kata Mike Collins, artis yang membuat ilustrasi untuk komik Kate and William: A Very Public Love Story.
“Dalam kes ini, ia ialah apa yang berlaku dan realiti sebenar,” katanya.
Novel grafik itu akan diterbitkan dalam dua edisi, yang pertama mengisahkan kehidupan putera raja itu di sekolah berasrama eksklusif sehinggalah pengembaraannya dalam Tentera Udara Diraja (RAF).
Separuh lagi mengupas kisah Middleton dengan tulisan diari fiksyen yang membayangkannya sebagai pelajar dilamun cinta yang kemudian berhadapan dengan naik turun menjadi teman wanita bakal raja.
Kedua-dua kisah itu akan digabungkan dalam satu edisi terkumpul yang dikeluarkan sebagai buku selakan dan termasuk perancangan fiksyen majlis perkahwinan (serta kucupan).
“Pasangan itu sangat sesuai digambarkan sebagai superhero dan heroin buku komik itu,” kata Collins.
“Beliau (Middleton) memiliki rambut beralun yang amat cantik untuk dilukis dan beliau (William) memiliki wajah seseorang yang terkemuka,” katanya.
Rich Johnston, yang menulis skrip komik berkata, beliau tidak fikir William dan tunangnya peduli kisah percintaan mereka dibukukan dalam bentuk komik. – AP
No comments:
Post a Comment