Pages

Tuesday, February 15, 2011

Anak lelaki Mubarak hampir bertumbuk





2011/02/15


  • Foto
    GAMBAR fail pada tahun lalu Alaa (kiri) bersama Gamal ketika menyaksikan perlawanan bola sepak.
  • Foto
    KAKITANGAN kerajaan menurunkan potret Mubarak di pejabat Kabinet di Kaherah.
KAHERAH: Dua anak lelaki Hosni Mubarak hampir bertumbuk Khamis lalu apabila bekas presiden Mesir itu memberi ucapan terakhirnya dalam usaha untuk kekal berkuasa, lapor akhbar kerajaan, Al-Akhbar, kelmarin.

Alaa Mubarak menuduh adiknya Gamal, yang memegang jawatan kanan dalam parti pemerintah, memusnahkan detik akhir pemerintahan bapa mereka, 82, kerana mempromosi rakan perniagaannya dalam kehidupan berpolitik.
Alaa dilaporkan berkata, perkara itu mengubah pandangan rakyat Mesir ke atas bapa mereka, yang berkuasa sejak 1981.
“Kamu rosakkan negara apabila buka jalan kepada rakan dan inilah akibatnya. Kamu membantu menghancurkan imejnya pada hari terakhir kuasanya, membantu merosakkan imejnya dengan perbuatan ini,” akhbar itu memetiknya sebagai berkata.

Akhbar itu tidak memberitahu sumber, hanya mengatakan ia ‘diberitahu,’ mengenainya. Tiada cara untuk mengesahkan laporan terbabit.

Pertengkaran itu berlaku di istana presiden di sini ketika Mubarak merekodkan ucapan terakhirnya, yang diharapkannya dapat memujuk penunjuk perasaan untuk bertenang dan berjanji memberi peluang untuk satu perubahan ketika bulan terakhir Mubarak sebagai presiden.

Pegawai kanan terpaksa campur tangan untuk meleraikan mereka. Gamal Mubarak, 47, menghabiskan 11 tahun bekerja di Bank of America di sini dan London, dan ada banyak pengaruh dalam kerajaan selepas Mubarak melantiknya mengetuai jawatankuasa dasar Parti Demokratik Nasional (NDP) yang memerintah, pada 2002.
Penganalisis berkata, beliau memudahkan laluan rakan perniagaannya kepada jawatan kanan dalam NDP dan ke dalam kabinet Ahmed Nazif, perdana menteri yang disingkir Mubarak beberapa hari selepas bantahan besar-besaran meletus di Mesir, 25 Januari lalu.

Ramai rakyat Mesir menganggap Mubarak melatih Gamal sebagai penggantinya. Sebelum Gamal, ada spekulasi pada 1990-an bahawa Mubarak mahukan Alaa, seorang ahli perniagaan untuk menggantikannya. – Reuters
Berita Harian Online | Anak lelaki Mubarak hampir bertumbuk

No comments: