Seorang wanita Mesir menunjukkan jarinya yang ditanda dengan dakwat selepas mengundi di daerah Giza, dekat Kaherah, kelmarin. - AFP |
KAHERAH 22 Dis. - Penduduk Mesir semalam mengundi dalam pusingan kedua pilihan raya Parlimen yang dibayangi pertempuran antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan dengan 15 orang maut sejak lima hari lalu.
Pos pengundian dibuka satu pertiga dari 27 wilayah di negara ini kira-kira pukul 8 pagi (2 petang waktu Malaysia) dan ditutup pukul 7 petang.
Pusingan kedua pilihan raya tersebut yang berlangsung selama dua hari itu akan menyaksikan dua parti Islam terbesar merebut 59 kerusi di Dewan Rendah Parlimen.
Kerajaan tentera mewujudkan satu sistem pilihan raya rumit di mana pengundi memilih dari senarai parti yang akan mewakili dua pertiga Parlimen dan calon individu untuk satu pertiga lagi kerusi.
Pengundian semalam menyaksikan pemilihan calon individu di sembilan wilayah dan senarai parti di tiga wilayah yang ditangguhkan pada pusingan pertama pilihan raya kerana masalah pengurusan.
Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata (SCAF) Mesir berulang kali menyatakan pilihan raya yang diadakan sejak kebangkitan rakyat yang menyaksikan Presiden, Hosni Mubarak digulingkan pada Februari lalu sebagai bukti ia akan menyerahkan kuasa kepada kerajaan awam.
Prosedur untuk pelantikan penuh Parlimen akan berakhir Mac ini dan pilihan raya Presiden dijangka diadakan pada hujung Jun tahun depan.
Pilihan raya itu mendedahkan jurang pendapat antara rakyat Mesir.
Sebahagian daripada rakyat melihatnya sebagai langkah pertama ke arah pemerintahan berasaskan demokrasi manakala sebahagian lagi Parlimen baru yang fungsinya masih tidak jelas, akan memberi kuasa kepada tentera.
SCAF juga menerima tekanan ekoran tindakan keras terhadap penunjuk perasaan. - AFP
Utusan Malaysia Online - Luar Negara:'via Blog this'
No comments:
Post a Comment