PYONGYANG - Mayat pemimpin Korea Utara, Kim Jong-il, seperti dilakukan ke atas mendiang bapanya, dijangka diawet dan dipamer di dalam bekas kaca sehingga bertahun-tahun selepas kematiannya.

Mayat Jong-il kini diletakkan di Makam Kumsusan di ibu negara Pyongyang, di mana bapanya, Kim Il-sung turut dipamerkan sejak kematian beliau pada 1994.

Jong-il meninggal dunia, Sabtu lalu, akibat serangan jantung tetapi berita mengenai kematiannya hanya diumumkan pada Isnin lalu.

Kos untuk mengawet dan menjaga mayat Jong-il dianggar bernilai jutaan ringgit setiap tahun.