Pages

Friday, December 23, 2011

74 mayat bot karam ditemui


Mayat-mayat mangsa bot karam yang tenggelam Ahad lalu, diletakkan di atas kapal KRI Untung Suropati di Banyuwangi, Indonesia, semalam. - REUTERS


BANYUWANGI, Indonesia 22 Dis. - Bot-bot dan helikopter Indonesia hari ini menjalankan operasi di sekitar perairan Bali bagi mencari mayat mangsa bot karam, ketika pegawai meletakkan angka kematian kepada 74 setakat ini.
Hanya 47 penumpang dapat diselamatkan selepas bot yang sesak dengan 250 pendatang asing dari Iran dan Afghanistan itu tenggelam awal Sabtu lalu, di perairan Perigi, Trenggalek, Jawa Timur.
"Sehingga kini pasukan penyelamat hanya menemui 74 mayat. Sebanyak 43 daripadanya ditemui semalam, sementara 31 lagi ditemui malam tadi.
"Mayat-mayat berada dalam keadaan menyedihkan. Kami tidak dapat menentukan jantinanya. Ada antara tangan dan kaki mayat tercabut semasa kami menariknya keluar dari air," kata ketua agensi mencari dan menyelamat Jawa Timur, Sutrisno.
Ketua Agensi Pengurusan Bencana Jawa Timur, Siswanto pula berkata, empat helikopter dan 10 bot dikerahkan hari ini bagi mencari mayat.
Ketika kebanyakan mangsa yang diselamatkan masih keletihan dan terkejut untuk menceritakan keadaan sebenar, sesetengahnya memberitahu pengalaman mereka antaranya terpaksa berpegang pada serpihan bot di tengah-tengah ombak besar sebelum ditemui pasukan penyelamat.
Mangsa yang selamat juga berkata, mereka perlu berebut untuk mendapatkan kira-kira 24 jaket keselamatan di dalam bot yang mereka naiki, berbanding jumlah penumpang seramai 250 orang.
Sementara itu, laporan tempatan dan seorang jurucakap tentera menyatakan, tiga tentera kini disoal siasat berhubung dakwaan mereka membantu pendatang asing menaiki bot tersebut. - AFP
Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments: