Pages

Friday, December 23, 2011

PBB rayu bantuan dana bencana untuk Filipina


Mangsa-mangsa Taufan Washi beratur untuk mengambil agihan bantuan makanan di pusat pemindahan sementara di Cagayan de Oro, Mindanao di Filipina, semalam. - REUTERS


MANILA 22 Dis. - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini merayu sumbangan dana sebanyak AS$28.6 juta (RM91 juta) untuk membantu lebih setengah juta mangsa taufan di Filipina.
Koordinator Kemanusiaan PBB di Filipina yang juga pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia di negara ini, Soe Nyunt-U berkata, dana itu akan menyediakan 'bantuan menyelamatkan nyawa' kepada mangsa-mangsa banjir.
"PBB dan rakan kumpulan kemanusiaan lain bekerja keras untuk membantu usaha kerajaan Filipina.
"Namun negara ini kini memerlukan bantuan yang sangar besar," kata Nyunt-U.
Lebih 640,000 orang dipindahkan akibat Taufan Washi yang memusnahkan seluruh perkampungan di selatan negara ini lewat minggu lalu, menurut Pejabat Pertahanan Awam (OCD).
Kebanyakan mangsa berkhemah di jalan-jalan raya dan di sekitar perkampungan mereka yang musnah, manakala 43,000 lagi menetap di pusat pemindahan yang sesak.
Nyunt-U turut menyifatkan bandar Cagayan de Oro and Iligan yang terjejas teruk akibat taufan itu sebagai dilanda tsunami darat dengan hampir semua kawasan musnah dan hanya tinggal beberapa bangunan yang masih berdiri.
Menurut laporan, beratus-ratus orang lagi masih hilang dan lebih ramai pasukan penyelamat menyertai operasi mencari hari ini.
Pengerusi Pihak Berkuasa Pembangunan Metro Manila, Francis Tolentinoturut tiba di Cagayan de Oro bersama 19 anggota pasukannya untuk membantu operasi mencari mangsa.
Angka korban hari ini meningkap kepada 1010 orang dan kebanyakan mayat ditemui terapung di laut, tetapi penduk percaya ramai yang hilang tertimbus di bawah runtuhan pokok dan lumpur. - DPA
Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments: