Tarikh : December 19, 2011
TEHERAN - Selepas kejayaan Iran menawan tujuh pesawat pengintip milik Israel dan Amerika Syarikat (AS), kini kerajaan mendakwa mereka telah menahan seorang warga tempatan yang menjadi perisik kepada Agensi Penyiasatan Pusat (CIA), menurut Kementerian Perisikan, kelmarin.
Agensi berita tempatan melaporkan, misi utama perisik CIA itu untuk memperoleh maklumat rahsia kerajaan melalui Kementerian Perisikan telah gagal kerana muslihatnya telah terbongkar dan dikesan lebih awal.
Kementerian tersebut mendedahkan lokasi sebenar ejen CIA itu telah dikesan di pangkalan udara Bagram, Afghanistan sebelum dia ditahan di Iran.
“Dia adalah antara ejen yang terlatih kerana pernah bekerjasama dengan tentera AS yang ditempatkan di Iraq dan Afghanistan,” menurut kenyataan kementerian tersebut lagi.
Sebelum ini, Iran tidak mendedahkan sebarang maklumat berhubung penahanan perisik Israel dan AS tetapi ketegangan yang semakin memuncak antara ketiga-tiga negara tersebut telah menyebabkan Teheran mengambil risiko untuk tidak lagi melindungi identiti mana-mana ejen risikan.
Minggu lalu, ketua pendakwa raya, Abbas Jafari Dolatabi memaklumkan seramai 15 individu telah didakwa atas kesalahan melakukan pengintipan dan sabotaj di negara tersebut.
No comments:
Post a Comment