Pages

Wednesday, November 9, 2011

Utusan bantu kesan Julia


JEMPOL 8 Nov. - Kakak kepada isteri ke-21 lelaki yang dikenali sebagai 'Shah Bunga' menganggap tindakannya membuat aduan mengenai nasib adiknya yang dipaksa menjadi pelacur di Bahau, Negeri Sembilan kepada Utusan Malaysia sebagai berbaloi.

Ini kerana selepas menemui wartawan Utusan Malaysia, maklumat yang diberikan wanita yang dikenali sebagai Fifi (bukan nama sebenar), 29, telah disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk tindakan lanjut.

Berdasarkan maklumat dan risikan Unit Anti Pemerdagangan Orang dan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) berjaya menahan Shah Bunga berusia 32 tahun bersama mangsa yang dikenali sebagai Julia (bukan nama sebenar), 18, pada Rabu lalu di Taman Sornam, Bahau.

Fifi berkata, dia mula berusaha mengesan adiknya selepas dilarikan Shah Bunga dari Alor Setar pada sejak Februari lalu.

Katanya, akibat tiada tindakan dibuat pihak berkuasa selepas keluarganya membuat laporan polis, dia dan adik lelakinya yang berusia 27 tahun bertindak mengikut perasaan dengan memukul bapa suspek kerana didakwanya turut bersubahat.

"Tetapi atas perbuatan itu, kami dua beradik telah dipenjara selama lebih sebulan dan dalam tempoh itu ibu hanya mampu membayar wang jaminan sebanyak RM5,000 untuk saya sahaja, manakala adik dibiarkan.

"Selepas keluar dari penjara kami sekeluarga buntu untuk melepaskan Julia yang dipaksa menjadi pelacur sehingga dipukul teruk setiap hari walaupun hamil beberapa bulan ketika itu.

"Kebetulan, seorang kenalan telah memberi cadangan supaya meminta bantuan akhbarUtusan Malaysia dan tanpa disangka ia membawa kepada penyelesaian dan kejayaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, walaupun dia dan Julia berlainan bapa namun kasih sayang namun tiada jurang yang dapat memisahkan kasih sayang antara mereka.

Fifi menambah, berikutan kerjasama antara Utusan Malaysia dan polis, adiknya kini telah terlepas daripada azab menjadi pelacur paksaan yang dipukul termasuk dikelar telinga.

Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

No comments: