Pages

Wednesday, November 9, 2011

Adrian maut ketika halang penjenayah curi motosikal


JAKARTA 8 Nov. - Seorang pelajar perubatan Malaysia di Malang, Jawa Timur maut selepas lehernya ditetak ketika cuba menghalang seorang lelaki mencuri motosikalnya, petang semalam.

Kejadian berlaku di hadapan rumah sewa pelajar itu di Lowokwaru, Kota Malang kira-kira pukul 7 petang.

Mangsa, Adrian Jay Pereira, penuntut semester lima di Fakulti Perubatan, Universiti Brawijaya berasal dari Klang, Selangor.

Penuntut berusia 22 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas lehernya ditetak dengan senjata tajam oleh suspek yang cuba melarikan motosikalnya.

Mayat Jay Pereira kemudian dibawa ke Rumah Mayat Hospital Saiful Anwar, Malang.

Sementara itu, pihak Education Malaysia (EM) di Indonesia pada masa ini sedang berusaha mendapatkan maklumat daripada polis berhubung kejadian itu.

Pada masa sama, EM juga akan menguruskan pengiriman mayat mendiang ke tanah air. - UTUSAN

Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

No comments: