Pages

Wednesday, November 9, 2011

16 maut akibat rempuhan dalam majlis agama


09/11/2011 2:35am

DEHRADUN, India 9 Nov. – Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam insiden rempuhan ketika majlis keagamaan berhampiran sungai Ganges di utara India, semalam.

Majistret daerah di bandar berhampiran Haridwar, D. Santhel Pandiyan berkata, setakat ini 14 wanita dan dua lelaki terbunuh, manakala 46 lagi cedera parah.

Menurut pegawai media kepada penganjur majlis, Hemant Sahu, insiden berlaku selepas beribu-ribu penganut Hindu yang hadir berebut-rebut untuk menghampiri unggun api di tebing Shantikunj yang dianggap suci untuk berdoa. – AFP

Utusan Malaysia Online - Terkini:

'via Blog this'

No comments: