KOTA BHARU - Kehilangan seekor kucing milik seorang peniaga restoran akhirnya terjawab apabila seekor ular sawa batik sepanjang lima meter dan seberat 50 kilogram ditemui di dalam premis tersebut di Kampung Badak Mati, Bukit Marak dekat sini kelmarin.
Pemilik kedai makan tersebut, Khairul Azman Hasbullah, 33, berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah hari ketika dia mahu mengambil air untuk membasuh pinggan.
Reptilia itu ditemui dalam keadaan berlingkar dan tidak bergerak.
"Saya terus menghubungi pihak bomba kerana bimbang ular tersebut bertindak agresif dan mengancam saya ataupun para pelanggan.
"Sebelum ini, saya kehilangan kucing peliharaan sejak tiga hari yang lalu dan saya percaya kucing tersebut telah menjadi mangsa ular berkenaan," katanya ketika ditemui kelmarin.Kosmo! Online - Negara:'via Blog this'
No comments:
Post a Comment