Pages

Sunday, November 13, 2011

Komando, polis antipengganas Turki tembak mati pemberontak Kurdis rampas feri penumpang

ANKARA: Pasukan keselamatan Turki menembak mati seorang suspek pemberontak Kurdis awal pagi semalam, sekali gus menamatkan drama tebusan sebuah feri penumpang selama 12 jam.

Lelaki terbabit diserbu menjelang subuh ketika feri Kartepe itu terpaksa berlabuh di luar bandar pelabuhan Silivri, barat Istanbul, kerana kehabisan minyak.


Semua 24 penumpang dan kru feri itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Gabenor Kocaeli, Ercan Topaca, berkata pemeriksaan ke atas suspek terbabit mendapati, dia mengenakan bom palsu yang dipasang dengan beberapa wayar elektrik.


Perampas terbabit juga, katanya, tidak membawa sebarang senjata lain.


Rampasan itu dibuat bagi menarik perhatian kerajaan terhadap perjuangan pemberontak Kurdis mendapatkan autonomi.

Suspek mendakwa memiliki bahan letupan pada badannya dan merampas feri berkenaan selepas ia memulakan pelayaran dari bandar Izmit petang Rabu.


Feri berkenaan terus diekori bot pengawal pantai sebaik saja insiden berkenan diketahui dan terpaksa berlabuh apabila kehabisan minyak. Komando tentera laut dan polis menyerbu Kartepe sejurus sebelum subuh semalam. - APmyMetroKomando, polis antipengganas Turki tembak mati pemberontak Kurdis rampas feri penumpang:

'via Blog this'

No comments: