Pages

Sunday, November 13, 2011

Tiga maut kemalangan awal pagi



DUA anggota polis melihat keadaan kereta Proton Satria yang terlibat dalam kemalangan di Yan semalam.


YAN - Tiga lelaki maut manakala dua wanita mengandung cedera parah apabila sebuah kereta dinaiki empat orang melanggar seorang pejalan kaki di Jalan Alor Setar- Sungai Petani, Batu 13, Bukit Besar di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 pagi itu, pemandu kereta dan seorang penumpang serta pejalan kaki maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

Mereka yang maut ialah pemandu kereta jenis Proton Satria Neo, Eiew Eng Khoon, 29, penumpang tempat duduk hadapan, Ooi In Too, 47, dan pejalan kaki yang belum dikenal pasti identitinya.

Dua penumpang kereta warga Myanmar iaitu Lee Pa Mei, 30, dan Man Shut Kyi, 31, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dekat sini.

Pa Mei disahkan mengandung empat bulan manakala Shut Kyi mengandung lima bulan.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Supritendan Ismail Abu memberitahu, kejadian berlaku apabila sebuah kereta dari arah Alor Setar menghala ke Sungai Petani melanggar seorang pejalan kaki.

"Selepas merempuh pejalan kaki itu, pemandu hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan sebelum merempuh sebatang pokok menyebabkan pemandu dan penumpang hadapan tersepit di dalam kereta," katanya di sini semalam.

Menurut Ismail, pihaknya masih menyiasat punca kejadian dan sama ada pemandu di bawah pengaruh alkohol atau tidak.Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

No comments: