Pemberontak Kurdis ditembak mati
ISTANBUL: Seorang pemberontak Kurdis yang merampas sebuah feri dengan 24 penumpang ditembak mati awal semalam manakala semua tebusan berjaya diselamatkan selepas menempuh saat menakutkan selama lebih 12 jam, kata pihak berkuasa.
“Tidak lama selepas pasukan keselamatan Turki memulakan operasi, perampas berjaya dibunuh,” kata Gabenor Istanbul, Huseyin Avni Mutlu, kepada stesen televisyen NTV.Beliau berkata, perampas berusia 30 tahun itu adalah anggota pertubuhan militan, merujuk kepada Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang diharamkan. Mutlu menambah lelaki itu turut membawa bahan letupan.
Feri berkenaan, yang dinamakan Kartepe, dirampas kira-kira jam 5.35 pagi waktu tempatan di laut Marmara. Pemimpin PKK, Abdullah Ocalan dipenjarakan di pulau berkenaan.
Menteri Pengangkutan Turki, Binali Yildirim, sebelum itu menyatakan ada empat atau lima perampas, tetapi Mutlu berkata hanya seorang yang terbabit dalam rampasan itu.
“Semua penumpang dan krew selamat,” tambah Mutlu, ketika rakaman televisyen menunjukkan mereka dipindahkan dengan bot.
Pasukan keselamatan yang bertindak atas arahan Menteri Dalam Negeri, Idris Naim Sahin, menaiki feri itu di luar pantai Silivri, di barat Istanbul.
Yildirim berkata, 18 penumpang, lima daripada mereka wanita, empat krew dan dua pelatih berada di dalam feri terbabit, yang sedang dalam pelayaran biasa di utara Laut Marmara apabila ia dirampas.
Datuk Bandar Ismail Karaosmanoglu, memberitahu rangkaian televisyen NTV perampas memberitahu kapten feri terbabit dia cuma mahukan publisiti media.
Yildirim menambah perampas turut meminta makanan dan minyak menerusi kapten kapal itu.
Bahan letupan yang ditemui pada perampas itu akan dianalisis oleh pakar bom. Perkhidmatan bot dan feri antara Istanbul dan Yalova, dibatalkan selepas serangan itu, lapor media.
Pulau Imrali, lokasi Ocalan ditahan, terletak kira-kira 120 kilometer ke barat daya tempat rampasan dilakukan. Media Turki berkata, perampas merancang menuju ke pulau berkenaan.
“Kawalan keselamatan dipertingkatkan sekitar pulau Imrali, lokasi pemimpin PKK, Abdullah Ocalan, yang tidak dibenarkan bertemu peguamnya sejak ditahan selama berbulan-bulan,” lapor agensi berita pro-Kurdis, Firat. – AFP
Berita Harian Online | Drama tebusan feri Turki berakhir:ISTANBUL: Seorang pemberontak Kurdis yang merampas sebuah feri dengan 24 penumpang ditembak mati awal semalam manakala semua tebusan berjaya diselamatkan selepas menempuh saat menakutkan selama lebih 12 jam, kata pihak berkuasa.
“Tidak lama selepas pasukan keselamatan Turki memulakan operasi, perampas berjaya dibunuh,” kata Gabenor Istanbul, Huseyin Avni Mutlu, kepada stesen televisyen NTV.Beliau berkata, perampas berusia 30 tahun itu adalah anggota pertubuhan militan, merujuk kepada Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang diharamkan. Mutlu menambah lelaki itu turut membawa bahan letupan.
Feri berkenaan, yang dinamakan Kartepe, dirampas kira-kira jam 5.35 pagi waktu tempatan di laut Marmara. Pemimpin PKK, Abdullah Ocalan dipenjarakan di pulau berkenaan.
Menteri Pengangkutan Turki, Binali Yildirim, sebelum itu menyatakan ada empat atau lima perampas, tetapi Mutlu berkata hanya seorang yang terbabit dalam rampasan itu.
“Semua penumpang dan krew selamat,” tambah Mutlu, ketika rakaman televisyen menunjukkan mereka dipindahkan dengan bot.
Pasukan keselamatan yang bertindak atas arahan Menteri Dalam Negeri, Idris Naim Sahin, menaiki feri itu di luar pantai Silivri, di barat Istanbul.
Yildirim berkata, 18 penumpang, lima daripada mereka wanita, empat krew dan dua pelatih berada di dalam feri terbabit, yang sedang dalam pelayaran biasa di utara Laut Marmara apabila ia dirampas.
Datuk Bandar Ismail Karaosmanoglu, memberitahu rangkaian televisyen NTV perampas memberitahu kapten feri terbabit dia cuma mahukan publisiti media.
Yildirim menambah perampas turut meminta makanan dan minyak menerusi kapten kapal itu.
Bahan letupan yang ditemui pada perampas itu akan dianalisis oleh pakar bom. Perkhidmatan bot dan feri antara Istanbul dan Yalova, dibatalkan selepas serangan itu, lapor media.
Pulau Imrali, lokasi Ocalan ditahan, terletak kira-kira 120 kilometer ke barat daya tempat rampasan dilakukan. Media Turki berkata, perampas merancang menuju ke pulau berkenaan.
“Kawalan keselamatan dipertingkatkan sekitar pulau Imrali, lokasi pemimpin PKK, Abdullah Ocalan, yang tidak dibenarkan bertemu peguamnya sejak ditahan selama berbulan-bulan,” lapor agensi berita pro-Kurdis, Firat. – AFP
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment