Pages

Sunday, November 13, 2011

2 terbunuh militia Libya bertempur sesama sendiri

TRIPOLI: Dua terbunuh selepas kumpulan militia tempatan bertempur berhampiran ibu negara Libya, kata pemimpin pasukan keselamatan semalam.

Insiden kelmarin itu adalah kejadian terbaru membabitkan kumpulan bekas pemberontak yang berjaya mengguling dan membunuh Muammar Gaddafi pada bulan lalu.


Muammar digulingkan selepas diserang pemberontak dan jet tentera udara Nato selama lapan bulan.

Perdana menteri sementara Libya, Abdurrahim el-Keib, berkata pada ketika ini sangat sukar melucutkan senjata kumpulan pemberontak bersenjata sebelum mereka ditawarkan sebarang pilihan pekerjaan.


Pada masa sama, kemarahan rakyat semakin meningkat - terutama di Tripoli - apabila masih ramai militia berkhemah di kawasan utama bandar raya berkenaan dan boleh mengancam keselamatan awam pada bila-bila masa.


Seorang komander militia tempatan berkata, pertempuran kelmarin bermula apabila militia dari kawasan Zawiya berselisih faham dengan pejuang dari Briged Warshefana.

“Pejuang Zawiya merampas senjata daripada seorang anggota Briged Warshefana pada Khamis.


“Berang dengan insiden itu, pejuang daripada Briged Warshefana melakukan sekatan jalanan sambil mengganggu pengguna jalan raya,” katanya.

Mereka juga melepaskan tembakan secara rambang, menyebabkan dua penduduk di kawasan Zawiya terbunuh. - APmyMetro2 terbunuh militia Libya bertempur sesama sendiri:

'via Blog this'

No comments: