KEADAAN Perodua Alza yang dinaiki Azlina remuk selepas terlibat dalam kemlangan di Kilometer 234.7, Lebuh Raya Pantai Timur, Kuantan semalam. |
KUANTAN - Hasrat seorang Setiausaha Bahagian Antarabangsa, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Putrajaya menghadiri program Rakan Muda Ramadan di Kemaman, Terengganu musnah apabila dia maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 234.7, Lebuh Raya Pantai Timur di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 7.50 pagi itu, mangsa, Azlina Fazlon Mohd. Amin, 39, yang berasal dari Johor Bahru kenderaan Perodua Alza meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Kenderaan tersebut dipandu oleh rakannya yang bekerja sebagai kerani KBS, Salawati Jamaludin, 31, kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini selepas cedera parah di beberapa bahagian badan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Zulkifli Taha berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh penghadang lebuh raya.
No comments:
Post a Comment