Pages

Thursday, June 9, 2011

Saudi derma 3 juta tong minyak mentah pada Yaman

SANAA: Kerajaan Arab Saudi telah mendermakan tiga juta tong minyak mentah kepada negara jirannya, Yaman, yang jatuh miskin.

'Jumlah itu adalah bagi menyokong ekonomi negara Yaman dan menyumbang kepada keperluan rakyat Yaman serta mengurangkan kesusahan mereka kerana kekurangan bahan minyak petrol yang dialami negara itu,' ujar Menteri Minyak Arab Saudi, seperti yang ditukil agensi berita Saba.

Yaman kini sedang mengalami pergolakan politik sedang bantahan diadakan terhadap Presidennya, Encik Ali Abdullah Saleh.

Presiden Saleh, 69 tahun, yang cedera minggu lalu dalam serangan ke atas istananya, kini dirawat di Riyadh, Arab Saudi.

Menurut seorang pegawai Arab Saudi, keadaan Encik Saleh stabil, sambil menambah pemimpin veteran itu sedang menunggu tarikh menjalani pembedahan kosmetik bagi merawat kelecuran ringan di kulit kepalanya.

Pegawai itu menambah, laporan bahawa kesihatan Encik Saleh semakin teruk tidak berasas.

Malah, Naib Presiden Yaman, Encik Abdrabuh Mansur Hadi, juga menegaskan Encik Saleh dalam keadaan baik dan akan pulang dalam masa beberapa hari lagi.

Keganasan di Yaman meningkat menyusuli pemergian Encik Saleh ke Arab Saudi bagi menjalani rawatan, dengan tentera Yaman menentang militan Islam dan anggota puak pembangkang di dua bandar selatan negara itu kelmarin. -- Reuters, AP.

Cyberita Online Luar Negara

No comments: