Pages

Thursday, June 9, 2011

Jumlah jangkitan E. coli di Jerman menurun

`

TUNTUT PAMPASAN: Para peladang Sepanyol, Italy dan Perancis menuntut pampasan bagi tanaman mereka, seperti timun-timun ini, yang terbiar setelah dituduh tanpa asas sebagai punca wabak penularan E. coli. -- Foto AFP

BERLIN: Jumlah jangkitan bakteria pembunuh, E. coli jenis baru, di Jerman, telah menurun, kata Menteri Kesihatan, Encik Daniel Bahr.
'Saya masih belum dapat membatalkan amaran yang dikeluarkan sebelum ini tapi kini kami mempunyai sebab berharap kerana jumlah jangkitan terus menurun,' ujarnya kepada saluran televisyen awam, ARD.Tambahnya, ada kemungkinan kes-kes baru akan tetap timbul dan mereka perlu bersedia dengan bertambahnya angka kematian, namun kes jangkitan baru jelas menurun dan keadaan paling buruk kini sudah dilalui.Komen beliau disampaikan sedang pegawai tinggi kesihatan dan hal-ehwal pengguna dari Jerman dan Kesatuan Eropah (EU), mengadakan rundingan di Berlin tentang cara melawan bakteria E. coli, yang telah membunuh 24 orang dan lebih 3,000 yang lain jatuh sakit.Sementara itu, pengeluar sayur dan buah-buahan utama, Sepanyol, Italy dan Perancis, menuntut pampasan bagi para peladang mereka, yang mengalami kerugian besar akibat penularan wabak E. coli.Tindakan ketiga-tiga negara itu memaksa Pesuruhjaya Pertanian EU, Encik Dacian Ciolos, menambah tawaran bantuan.Encik Ciolos pada mulanya menawarkan $150 juta euro ($270 juta) kepada para peladang yang terpaksa menangani masalah bertan-tan timun dan tomato, yang busuk di ladang dan gudang, sedang warga Eropah tidak mahu membeli sayur kerana khuatir ia tercemar dengan wabak E. coli.Namun, para menteri pertanian EU, menolak tawarannya dengan mengatakan telah mengalami kerugian sehingga $417 juta Euro seminggu sejauh ini.Para peladang marah apabila harga tanaman mereka jatuh setelah dituduh tanpa asas sebagai penyebab wabak E. coli.Encik Ciolos kemudian berjanji akan menawarkan pampasan lebih tinggi dalam masa beberapa hari, namun, tidak memberikan sebarang angka.'Saya bersedia memberi pampasan lebih tinggi tetapi saya tidak fikir belanjawan yang ada bermakna pampasan 100 peratus dapat diberikan bagi semua produk dan pengeluar,' ujarnya.Punca penularan wabak E. coli itu masih belum diketahui. -- AP, AFP.Cyberita Online Luar Negara

No comments: