Pages

Thursday, June 9, 2011

Bapa tiri durjana

SEPANG: Kerana wang saku, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun rela dijadikan hamba seks bapa tirinya sejak enam tahun lalu di rumah mereka di Bandar Baru Salak Tinggi, dekat sini.

Difahamkan, remaja terbabit dinodai bapa tirinya berusia 62 tahun setiap kali ketika ibu dan kakaknya keluar bekerja. Mangsa diugut suspek supaya merahsiakan kejadian berkenaan daripada ahli keluarga.


Namun, tidak tahan dengan perbuatan keji lelaki itu remaja terbabit nekad membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, di sini, kelmarin.

Menurut sumber polis, kejadian bermula sejak mangsa berusia 11 tahun ketika dia dan suspek berduaan di rumah. Mangsa dikatakan meminta wang saku daripada suspek namun disuruh berbaring dan menanggalkan pakaian.


“Remaja itu yang takut diugut tidak diberi wang saku menurut arahan dan dirogol bapa tirinya. Kejadian malang itu berulang setiap kali dia meminta wang belanja.


“Walaupun tidak rela diperlakukan sebegitu oleh bapa tirinya, remaja terbabit terpaksa menyerahkan kesucian setiap kali diminta kerana tidak mahu menyusahkan ibunya untuk mendapatkan wang belanja,” katanya di sini, semalam.

Sumber berkata, bapa tiri mangsa turut mengugut akan memutuskan hubungan kekeluargaan dan membuangnya, jika tidak mahu melakukan hubungan seks.


“Perkara ini menakutkan mangsa hingga dia terpaksa merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan ibu dan kakaknya kerana takut ditinggalkan bapa tiri yang menjadi tempat bergantung mereka sekeluarga.

“Remaja itu yang kini sudah sedar akan kesilapan yang dilakukan bapa tirinya dan mahu melindungi diri terus membuat laporan polis,” katanya.


Menurut sumber, remaja terbabit kini mahu berhenti sekolah kerana malu dengan sikap bapa tirinya yang sanggup melakukan perbuatan terkutuk kepada dirinya.


Katanya, remaja malang itu kini berubah sikap daripada pendiam kepada lebih liar apabila suka melepak dengan kawan bagi melepaskan tekanan dan tidak mahu dibelenggu dengan masalah itu.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abd Rahman mengesahkan laporan.

myMetro | Bapa tiri durjana

No comments: