Pages

Thursday, June 9, 2011

Pengarah didakwa cabul 6 pelajar

GEORGETOWN: Seorang pengarah sebuah syarikat didakwa mengambil kesempatan terhadap enam pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang sedang mengikuti latihan praktikal di syarikat berkenaan dengan mencabul mereka dalam satu kejadian di Pulau Tikus di sini, kelmarin.

Pengarah berusia lingkungan 50-an itu didakwa mengumpan pelajar terbabit dengan menjanjikan mereka akan diberikan markah tinggi untuk penilaian latihan praktikal dan kenaikan elaun sekiranya mereka mengikuti arahannya.
Difahamkan, mangsa berusia dalam lingkungan 20-an yang mengikuti program perakaunan di dua IPTA di utara tanah air menjalani latihan amali di syarikat yang mengajar bakal pramugara dan pramugari itu kerana ia terletak berhampiran rumah masing-masing serta ditawarkan elaun.
Berikutan tindakan pengarah syarikat terbabit mencabul mereka, semua mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit dan setakat ini pengarah syarikat berkenaan dikatakan sudah pulang ke Kuala Lumpur.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan Abdul Halim Bulat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat semua mangsa dan setakat ini siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Hasil siasatan setakat ini mendapati lelaki terbabit yang juga seorang pengarah syarikat dikatakan meraba dan cuba mengambil kesempatan ke atas mangsa, menyebabkan mereka melaporkan kejadian itu,” katanya kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 354 kanun Keseksaan.
Berita Harian Online | Pengarah didakwa cabul 6 pelajar

No comments: