Pages

Saturday, May 28, 2011

Lumpur Lapindo terus menyembur selepas lima tahun




ASAP dan lumpur panas masih aktif keluar dari perut bumi di Porong, Sidoarjo, Surabaya, Jawa Timur.


SURABAYA - Esok, 29 Mei genap lima tahun lumpur panas bercampur gas menyembur tanpa henti di Porong, Sidoarjo, Surabaya, Jawa Timur. Sejak mula menyembur pada 29 Mei 2006, fenomena yang lebih dikenali lumpur Lapindo itu membingungkan banyak pihak.
Ini kerana sehingga hari ini, pasukan pengkaji masih belum dapat menentukan bilakah lumpur tersebut akan berhenti keluar dari perut bumi.
Terbaru, sebanyak 30 pengkaji dari lapan negara termasuk Indonesia melawat tapak fenomena lumpur Lapindo bagi meneliti perkembangannya.
Negara yang menghantar wakil adalah Jepun, Amerika Syarikat, Norway, Ukraine, Australia, Rusia dan England. Kesemua mereka membincangkan fenomena semburan lumpur dan kesan sosial terhadap masyarakat sekitar.
"Kami membawa ilmuwan lokal dan luar negara untuk membahas masa depan penduduk di sekitar tapak kejadian lumpur Lapindo," ujar Pengarah Eksekutif Sidoarjo Fund, Jeffrey R. Richards kepada wartawan Detik.com di lokasi dekat titik semburan lumpur baru-baru ini.
Sampai saat ini, belum ada pihak dapat memastikan 100 peratus penyebab semburan lumpur tersebut. Apakah ia disebabkan kesilapan manusia atau pun bencana, ia masih dibahaskan.
Namun, beberapa artikel yang diterbitkan menyatakan semburan lumpur akan berhenti dengan sendirinya dalam tempoh 26 tahun, 33 tahun hingga 100 tahun akan datang.
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

No comments: