Pages

Saturday, May 28, 2011

Ulama Saudi gesa dilarang usaha tubuh sekolah rendah campuran lelaki perempuan


DUBAI: Para ulama konservatif di Arab Saudi menggesa Kementerian Pendidikan supaya melarang sebarang percubaan memperkenalkan sekolah rendah yang mengambil kedua-dua murid perempuan dan lelaki.

Di Arab Saudi, murid perempuan dan lelaki belajar di sekolah rendah yang berasingan.
'Kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan berkaitan mempromosikan percampuran murid berlainan jantina di sekolah atau di tempat lain menyakitkan telinga kami dan ditolak oleh mereka yang munasabah,' kata seorang ulama, Encik Mohammed bin Safar al-Asmari.Kenyataan itu dibuat selepas Menteri Pendidikan, Putera Faisal bin Abdullah al-Saud, melawat sekolah rendah murid perempuan dua minggu lalu sementara timbalan menterinya, seorang wanita, melawat sekolah rendah murid lelaki.Menurut Encik Asmari, beliau dan para ulama lain turut menolak tindakan kaum wanita di negara itu mencabar status quo, termasuk undang-undang yang melarang wanita daripada mengundi dan memandu.'Ada segolongan mereka yang cuba mengheret negara ini ke lembah penghinaan dengan mengetengahkan isu-isu wanita.'Mereka bertindak seakan kaum wanita di negara ini... hidup dalam penindasan. Sebaliknya, mereka hidup secara hormat,' katanya.Awal minggu ini, seorang aktivis wanita, Cik Manal al-Sharif, ditahan selepas memandu kereta.'Kaum ibu tidak boleh memandu kereta, jadi mereka tidak boleh menghantar anak-anak mereka ke sekolah,' kata Cik Manal.Mengulas perkembangan itu, Encik Asmari berkata:'Saya meminta (para pemimpin) berhati-hati dengan golongan ini, yang cuba menghakis keselamatan negara dan membawa kemusnahan kepada kita semua melalui kenyataan dan idea mereka.'Raja Abdullah, yang mengambil alih takhta pada 2005 disifatkan sebagai seorang pemimpin yang terbuka kepada pembaharuan dan telah memperkenalkan beberapa perubahan.Ini termasuk menubuhkan sebuah universiti yang terletak berdekatan Jeddah, yang mengambil kedua-dua mahasiswa lelaki dan perempuan, pada 2009.Pada Mac lalu, bagi mengurangkan ketegangan sosial, beliau memperkenalkan pakej bernilai AS$130 bilion ($160 bilion) bagi mewujudkan pekerjaan. -- Reuters.Cyberita Online Luar Negara

No comments: