Pages

Saturday, May 28, 2011

Pembunuh kejam Muslim Bosnia mengaku tak bersalah




KOMBINASI gambar Ratko Mladic pada 7 Disember 1993 (kiri) dan selepas diaditangkap awal kelmarin (kanan) di Lazarevo, Serbia.


BELGRADE, Serbia - Bekas komander tentera Serb Bosnia, Ratko Mladic menyatakan dia tidak bersalah berhubung beberapa tuduhan jenayah perang termasuk mendalangi pembunuhan paling kejam dalam Perang Bosnia pada 1992-1995, kata seorang anak lelakinya semalam.
Anak lelaki Mladic, Darko Mladic membuat kenyataan tersebut selepas melawat bapanya di sebuah penjara setelah dia ditangkap dalam satu operasi pihak berkuasa Serbia di kampung Lazarevo pada awal kelmarin.
"Pendirian Mladic ialah dia tidak bersalah berhubung semua tuduhan yang dikenakan terhadapnya," kata Darko kepada wartawan.
Selepas bermalam di penjara, Mladic, 69, dijadualkan dihadapkan di sebuah mahkamah di sini untuk perbicaraan kali kedua berhubung tuntutan ekstradisinya ke Tribunal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di The Hague, Belanda.
Dia berdepan beberapa tuduhan termasuk mengarahkan pembunuhan 8,000 lelaki dan kanak-kanak Islam di bandar Srebrenica dan pembabitannya dalam kepungan selama empat tahun ke atas bandar Sarajevo juga di Bosnia.
Anak lelakinya memberitahu bahawa Mladic mengalami strok sebanyak dua kali ketika menjadi buruan pihak berkuasa dengan menyebabkan tangan kanannya separa lumpuh dan dia kini sukar untuk bercakap.
"Kami akan meminta supaya dia dipindahkan ke sebuah hospital," kata anaknya. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

No comments: