Pages

Saturday, May 28, 2011

G8 tawar RM60 bilion kepada negara Arab


Hadiah jatuhkan pemimpin kuku besi, pilih demokrasi


DEAUVILLE: Negara Kumpulan 8 (G8) akan menawarkan AS$20 bilion (RM60 bilion) dalam bentuk ikrar bantuan dan komitmen kepada negara Arab yang menumbangkan pemerintah kuku besi untuk membina kerajaan baru berteraskan sistem demokrasi.
Pemimpin Mesir dan Tunisia bertemu di Normandy semalam bersama Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan pemimpin G8 lain serta pemimpin Kesatuan Eropah (EU) yang berdebat mengenai saiz sumbangan kepada Mesir dan Tunisia yang belum stabil.
Pegawai Eropah berkata, angka global ikrar bantuan itu adalah AS$$20 bilion. Tidak diketahui wang berkenaan akan disalurkan ke mana atau sama ada angka terbabit membabitkan wang yang sudah dijanjikan.

Amerika dan Eropah berkata, masih terlalu awal untuk menegaskan angka tetapi mereka akan mengatur satu rangka umum untuk menggalakkan pelaburan dan pertumbuhan.

“Mereka berkata masalah utama mereka adalah ekonomi. Mereka perlukan sedikit sokongan.

“Saya rasa mereka sudah bersedia. Mari lakukan apa saja untuk bantu Arab. Saya rasa mereka akan berjaya,” kata Presiden Suruhanjaya Eropah, Jose Manuel Barroso kepada pemberita semalam selepas pertemuan dengan pemimpin Tunisia dan Mesir.
IMF memberitahu pemimpin G8 bahawa mereka bersedia meminjamkan sehingga $35 bilion (RM315) kepada negara mengimport minyak di Asia Barat dan Afrika Utara bagi membantu memenuhi pertumbuhan, kestabilan, peluang kerja dan meningkatkan standard kehidupan.

IMF berkata Tunisia, Mesir dan negara bukan pengeluar minyak lain di rantau itu mungkin perlukan lebih AS$160 juta (RM480 juta) secara keseluruhan dalam kewangan sepanjang 2013.

Perancis sedia menawarkan kepada Mesir lebih AS$250 juta (RM750 juta) setahun dalam bantuan pembangunan dan Britain berikrar untuk meluaskan bantuannya kepada Asia Barat dan Afrika Utara dalam usaha untuk memberi tekanan kepada rakan G8 bagi mengeluarkan wang mereka.

Pemimpin G8 juga berdebat bagaimana untuk melawan Libya daripada pergerakan pro demokrasi yang melanda negara sekitar Asia Barat dan Afrika.

Keganasan di Libya lebih membimbangkan pemimpin Amerika, Perancis, Britain, Russia, Jerman, Jepun, Itali dan Kanada berbanding masalah hutang dan pengangguran.

Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi perlu undur dan penduduk Libya perlu masa depan demokratik,” kata Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy. – AP
Berita Harian Online | G8 tawar RM60 bilion kepada negara Arab

No comments: