Pages

Saturday, May 28, 2011

8 askar AS maut



KABUL: Pentagon semalam mengesahkan, lapan tentera yang terbunuh dalam letupan bom di selatan Afghanistan adalah warga Amerika Syarikat - satu daripada insiden terburuk dalam tempoh beberapa bulan lalu.
Jurucakap Pentagon, Dave Lapan, berkata tentera terbabit menjadi mangsa dua letupan berturut-turut di kawasan Shorabak, Kandahar, kelmarin.

Kandahar adalah tempat Taliban dilahirkan dan pertempuran di kawasan itu pada beberapa bulan akan datang dijangka menjadi ujian kepada tentera asing untuk terus berada di kawasan itu selepas merampasnya daripada pemberontak tahun lalu.

Pegawai polis tempatan, Tafseer Khan Khogyani, berkata serangan di Shorabak itu turut membunuh dua polis Afghanistan.

“Kejadian berlaku ketika pasukan keselamatan melakukan rondaan kira-kira 20 kilometer dari sempadan Pakistan.


“Ketika mereka menghampiri sebuah kontena, bahan letupan yang diletakkan di dalamnya meletup menyebabkan berlaku ledakan kuat kedua,” katanya.

Ketua Polis Sempadan Kandahar, Abdul Razeq, berkata kontena itu pernah digunakan sebagai stor peluru anggota Taliban yang menjalankan aktiviti penyeludupan senjata dari Pakistan.

Sementara itu, jurucakap Taliban mengaku pertubuhan itu bertanggungjawab dalam kejadian berkenaan.

Insiden terbaru itu menambah bilangan tentera asing yang terkorban di Afghanistan menjadi 199 sepanjang tahun ini. - AFPmyMetro | 8 askar AS maut

No comments: