Pages

Saturday, May 28, 2011

Serangan balas dendam berlaku lagi


MUSNAH: Para penduduk setempat meninjau kesan letupan pengebom nekad di bandar Hangu, kelmarin. -- Foto AFP


32 maut dalam kejadian terbaru di Pakistan


PESHAWAR: Seorang pengebom nekad meletupkan diri dalam sebuah trak berdekatan beberapa bangunan pemerintah di barat laut Pakistan, menyebabkan sekuang-kurangnya 32 orang terkorban, kelmarin.
Kumpulan pengganas Taleban mengaku bertanggungjawab atas serangan yang dilancarkan sebagai membalas dendam pembunuhan pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden.Timbalan Inspektor Polis, Jeneral Massod Khan Afridi, berkata pengebom berkenaan meletupkan kenderaan itu di tempat pemeriksaan berhampiran balai polis di bandar Hangu.'Bangunan kediaman, pejabat dan kediaman yang berhampiran balai itu rosak teruk menakala sekurang-kurangnya 15 kedai terbakar,' kata pegawai polis di pekan Hangu, Encik Latif Khan.Menurut beliau, sekitar 400 kilogram bahan letupan digunakan dalam serangan kelmarin.Sebahagian besar daripada mereka yang terkorban merupakan orang awam.Lagi 56 orang cedera.Serangan itu berlaku sedang Pengerusi Ketua Turus Bersama Amerika, Laksamana Mike Mullen, mendarat di Pakistan bagi mengadakan rundingan dengan pemimpin kanan tentera di negara itu.Ketibaan Laksamana Mullen disusul oleh Setiausaha Negara Amerika, Cik Hillary Clinton, semalam.Lawatan mereka bertujuan memperbaiki hubungan dua hala yang tegang menyusuli tindakan komando elit Amerika menyerbu tempat persembunyian Osama di Pakistan pada 2 Mei lalu.Semalam, Laksamana Mullen dan Cik Clinton telah bertemu dengan Presiden Asif Ali Zardari, Perdana Menteri Yousuf Raza Gilani dan ketua tentera serta ketua perisikan Pakistan.Ketika ditemui wartawan, Cik Clinton menegaskan tiada bukti yang menunjukkan pemimpin pemerintah Pakistan tahu di mana Osama bersembunyi.Menurut Cik Clinton, tiada negara lain yang terpaksa menanggung beban pengganas seberat Pakistan.Namun, beliau menambah:'Kami akur masih banyak lagi usaha yang perlu dijalankan dan ia sangat genting.'Semasa berada di Paris kelmarin, Cik Clinton berkata Amerika mempunyai 'jangkaan' tertentu daripada Pakistan tetapi turut menekankan ia mahu hubungan keselamatan 'jangka panjang' dengan sekutunya itu.Awal dari itu, Cik Clinton berkata pihaknya akur 'pengorbanan yang dibuat setiap hari oleh wanita dan lelaki dalam tentera anda dan oleh rakyat negara anda.'Kumpulan Taleban di Pakistan telah membunuh lebih 4,400 orang di serata negara itu sejak Julai 2007 sebagai membalas dendam hubungan rapat pemerintah negara itu dengan Amerika. -- AFP, AP, Reuters.Cyberita Online Luar Negara

No comments: