Pages

Saturday, April 2, 2011

Tidak kebal daripada pengadilan


SOLAT SEBELUM BANTAH: Warga Libya, termasuk seorang pemberontak dengan senjatanya tersandang di bahu, bersolat sebelum menyertai tunjuk perasaan di Benghazi kelmarin. -- Foto AP


Akhbar: Britain cuba hubungi 10 lagi pegawai kanan Gaddafi yang timbang paling tadah


LONDON: Menteri Luar Libya, Encik Mussa Kussa, tidak ditawar kekebalan daripada pengadilan berikutan ketibaannya yang tidak dijangka di Britain, kata London kelmarin.
London turut menggesa anggota lain rejim pemimpin Libya, Encik Muammar Gaddafi, yang 'semakin berderai' supaya meletak jawatan.Encik Kussa, bekas ketua perisikan Libya dan juga duta ke Britain, tiba 'atas kehendak sendiri' di lapangan terbang Farnborough, London, Rabu lalu, kata Setiausaha Luar Britain, Encik William Hague.Beliau, yang dituduh mendalangi serangan bom Lockerbie pada 1988, telah disoal siasat pegawai Britain, tetapi Encik Hague menegaskan tidak ditawar kekebalan daripada pengadilan Britain atau dunia.Encik Kussa, 59 tahun, tiba bersama anak lelakinya dari Tunisia, tempat beliau menghabiskan dua hari dalam 'lawatan peribadi'.Pemerintah Encik Gaddafi, yang berhadapan dengan pemberontakan, tidak mengendahkan tindakan paling tadah itu dan berkata rejimnya 'tidak bergantung pada individu'.Encik Hague berkata Encik Kussa kini diletak di 'tempat selamat' sementara Britain membincangkan 'pilihan beliau dan pilihan kami'.Seorang pegawai pentadbiran kanan Amerika Syarikat berkata tindakan Encik Kussa menunjukkan 'tanda-tanda jelas rejim itu akan disingkir'.Amerika berkata beliau boleh memberi maklumat penting tentang Encik Gaddafi.'Beliau salah seorang adikung paling dipercayai Encik Gaddafi yang boleh beri maklumat risikan tentang fikiran Encik Gaddafi dan rancangan ketenteraannya,' kata jurucakap Majlis Keselamatan Nasional, Encik Tommy Vietor.Akhbar Independent Britain melaporkan para pegawai Britain sedang menghubungi 10 lagi anggota kanan rejim Encik Gaddafi yang sedang menimbangkan berpaling tadah.Sebagai ketua risikan Libya selama 15 tahun sebelum menjadi menteri luar pada Mac 2009, Encik Kussa dihargai kerana meyakinkan Encik Gaddafi agar membatalkan program senjata nuklearnya dan membaiki hubungan dengan Barat.Namun, beliau disyaki merancang pengeboman pesawat Pan Am di ruang udara Lockerbie, Scotland, pada Disember 1988, yang membunuh 270 orang, kebanyakannya warga Amerika. -- AFP.Cyberita Online Luar Negara

No comments: