Pages

Saturday, April 2, 2011

Bahrain bebaskan penulis blog ekoran kecaman Amerika

MANAMA: Pihak berkuasa Bahrain semalam membebaskan seorang penulis blog popular, Encik Mahmood al-Yousif, selepas penahanannya mencetuskan kecaman Jabatan Negara Amerika Syarikat.
Agensi berita Bahrain, BNA, semalam menukil seorang jurucakap pemerintah sebagai berkata Encik Yousif telah disoal siasat kelmarin.Namun, tiada butir lanjut didedahkan tentang kesnya.Rabu lalu, Amerika membidas penahanan Encik Yousif sambil mengulangi lagi kecaman ke atas kekerasan yang digunakan kerajaan ke atas penunjuk perasaan puak Syiah yang memulakan bantahan pertengahan Februari lalu.'Kami sangat prihatin atas penahanannya. Beliau merupakan penulis blog yang dihormati dan terkenal. Kami juga prihatin laporan mengenai penahanan dua lagi aktivis Internet yang telah melahirkan pandangan mereka mengenai perkembangan terbaru di Bahrain.'Kami berharap keputusan kerajaan Bahrain menahan penulis blog dan aktivis Internet tidak menyukarkan usaha memulakan dialog nasional,' kata jurucakap Jabatan Negara Amerika, Encik Mark Toner.Sebelum ini, Encik Yousif disaman Menteri bagi Ehwal Perbandaran dan Pertanian, Encik Mansur bin Rajab, atas tuduhan menulis kenyataan fitnah.Encik Rajab menafikan tuduhan Encik Yousif dalam blognya bahawa beliau telah melepaskan tanggungjawabnya berkaitan banjir pada Disember lalu.Sepanjang tunjuk perasaan selama sebulan ke atas kerajaan, sekurang-kurangnya 24 orang, termasuk empat pegawai polis, dilaporkan terbunuh.Encik Toner berkata Amerika 'mengecam keganasan ke atas orang awam dan penunjuk perasaan aman' di Bahrain.Rabu lalu, seorang pemimpin pembangkang puak Syiah, Encik Ali Salman, berkata kira-kira 300 tangkapan dibuat sejak 16 Mac lalu apabila pasukan keselamatan menyuraikan penunjuk perasaan di pusat Manama.Kelmarin, pihak berkuasa berkata seorang remaja yang meninggal dunia berdekatan Manama minggu ini tidak mati kerana ditembak seperti yang didakwa pemimpin pembangkang.Sebaliknya, kematian remaja itu disebabkan tengkuknya patah. -- AFP.Cyberita Online Luar Negara

No comments: