TRIPOLI: Pemimpin Libya, Encik Muammar Gaddafi, mengambil pendirian ingkar kelmarin selepas dua pegawai kanannya berpaling tadah, sambil berkata bukan beliau yang patut pergi, tetapi pemimpin Barat yang patut meletak jawatan segera.
Namun mesej Encik Gaddafi itu terjejas oleh penyampaiannya, yang sekadar tatalan di layar televisyen sedangkan mukanya tersembunyi.Rumah Putih berkata golongan dalaman pemimpin itu jelas sedang berpecah dengan perginya Menteri Luar, Encik Mussa Kussa, yang tiba di Britain dari Tunisia Rabu lalu.Selain itu, seorang bekas menteri luar dan presiden perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Ali Abdessalam Treki, mengumumkan esoknya peletakan jawatannya di beberapa laman pembangkang, sambil berkata 'Negara kita berhak hidup bebas dan berdemokratik, serta menikmati kehidupan baik.'.Encik Gaddafi menuduh ketua negara-negara yang menyerang tenteranya sebagai 'gila kuasa'.'Jalan penyelesaian bagi masalah ini ialah mereka harus letak jawatan segara dan rakyat mereka harus mencari alternatif lain,' kata Encik Gaddafi, ditukil agensi berita Libya.Tenteranya mendapat semula kekuatan di barisan depan pertempuran dengan pemberontak. Mereka menawan kembali bandar Brega selepas menolak pemberontak kembali ke timur Libya.Namun pemberontak berkata mereka tidak berputus asa kerana mendapat semangat daripada pembelotan itu.Ramai pegawai tinggi Libya cuba berpaling tadah tetapi tidak mudah keluar dari negara itu, kata timbalan duta dalam misi PBB Libya yang kini menyokong pemberontak, Encik Ibrahim Dabbashi.Dalam satu lagi tamparan ke atas rejim itu, Amerika Syarikat berkata Rabu lalu Agensi Risikan Pusat (CIA) telah menghantar beberapa kumpulan kecil operatif ke timur Libya yang dikawal pemberontak, sedang Rumah Putih mendebatkan apakah akan membekalkan senjata kepada pembangkang. - AP.Cyberita Online Luar Negara

No comments:
Post a Comment