Pages

Saturday, April 2, 2011

Ribuan tunjuk perasaan sedang pasukan keselamatan dikerah ke seluruh Syria

DAMSYIK: Ribuan rakyat Syria yang melaung 'Kami mahu kebebasan!' berarak semalam di bandar selatan negara itu yang menjadi pusat pemberontakan, sedang pasukan keselamatan dikerahkan di seluruh negara, kata para saksi.
Para aktivis menggelarkan tunjuk perasaan besar-besaran semalam 'Jumaat Para Wira' bagi memperingati lebih 70 orang yang terbunuh dalam dua minggu pemberontakan di salah satu rejim paling autoritarian di Timur Tengah itu.Seorang saksi berkata sekitar 5,000 orang keluar ke jalanjalan di Daraa melaungkan 'Kami mahukan kebebasan!' dan 'Darah wira bukan murah!'.Pasukan keselamatan dikerahkan di dalam dan luar bandar itu tetapi tidak segera campur tangan, kata saksi-saksi yang enggan dinamakan.Bantahan tercetus di Syria pada 18 Mac lalu di daerah selatan yang miskin dan dilanda kemarau itu, dan cepat merebak ke kawasan lain.Aktivis-aktivis Syria telah menggesa diadakan bantahan besar-besaran selepas solat Jumaat di seluruh negara itu.Presiden Bashar Al-Assad telah menghancurkan harapan bahawa beliau akan mengumumkan pembaharuan meluas minggu ini, sebaliknya sekadar menuduh satu konspirasi telah membakar kemarahan rakyat Syria itu.Beliau telah membentuk kelmarin beberapa jawatankuasa bagi menyiasat kematian orang awam dan kemungkinan menggantikan satu perintah darurat yang telah berjalan berdekad lamanya.Gelombang bantahan itu telah mendatangkan cabaran terbesar sejak pemimpin berusia 45 tahun itu mewarisi kuasanya daripada ayahnya, Encik Hafez Al-Assad.Berpuluh-puluh ejen keselamatan berpakaian preman dikerah semalam di ibu kota Damsyik berhampiran Masjid Umayyad yang bersejarah, tempat pasukan penyokong dan pembangkang pemerintah bertempur minggu lalu.Ketika orang ramai keluar dari masjid itu selepas solat Jumaat, sekumpulan lebih 300 orang mengibarkan bendera Syria dan gambar Encik Assad sambil bertepuk tangan dan melaung 'Allah, Syria, Bashar!' selama 10 minit.Pasukan keselamatan tidak campur tangan.Terdapat laporan tentang bantahan lain di kawasan luar Daraa dan di bandar timur laut Qamishli, namun ia tidak dapat disahkan. -- AP.Cyberita Online Luar Negara

No comments: