Pages

Saturday, April 2, 2011

Britain pujuk 10 lagi sekutu Gaddafi belot



KOMBINASI gambar menunjukkan antara orang kanan Libya yang mungkin belot   (dari kiri) ketua perisikan luar, Abuzeid Durda; Speaker Kongres, Mohamed Abdul Qasim al-Zwai dan Pengerusi Pertubuhan Minyak Kebangsaan, Shokri Ghanem.
KOMBINASI gambar menunjukkan antara orang kanan Libya yang mungkin belot (dari kiri) ketua perisikan luar, Abuzeid Durda; Speaker Kongres, Mohamed Abdul Qasim al-Zwai dan Pengerusi Pertubuhan Minyak Kebangsaan, Shokri Ghanem.


Utusan PBB, ahli majlis pemberontak bincang di Benghazi

LONDON: Kerajaan Britain mengadakan perbincangan sulit dengan kira-kira 10 orang kanan Muammar Gaddafi mengenai kemungkinan mereka berpaling tadah, selepas Menteri Luar, Mussa Kussa berbuat demikian.
Mussa dilaporkan ‘berbincang secara sukarela’ dengan pegawai Britain dan menyatakan pemimpin Libya itu sedang berusaha mengurangkan kesan tindakannya dengan menyifatkan beliau letih dan ada masalah mental.

Bagaimanapun, Gaddafi sukar menghalang lebih ramai pegawai kanan belot dan pegawai Britain kini mengadakan perbincangan dengan kira-kira 10 anggota kanan kerajaan Libya yang mahu berpaling tadah, lapor akhbar The Independent.

Sementara itu, spekulasi makin merebak di Tripoli bahawa ramai lagi pegawai kanan mahu berpaling tadah dan ia disahkan bekas Menteri Luar dan duta Libya ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ali Abdessalam Treki.

Walaupun pegawai kerajaan menafikannya, laporan stesen televisyen al-Jazeera menyatakan ketua perkhidmatan perisikan luar Mohamed Abdul Qasim al-Zwai dan Timbalan Menteri Luar Abdulati Al Obeidi yang mengiringi yang mengiringi Mussa sehingga ke Tunis berkemungkinan besar akan mengambil tindakan sama.

Pada masa sama, pertempuran sengit dilaporkan terus berlaku di Brega antara tentera kerajaan dan pemberontak yang mahu menguasai semula bandar minyak strategik itu.
Pemberontak menghalang orang awam dan wartawan meninggalkan bandar Ajdabiya untuk menuju ke Brega kira-kira 80 kilometer ke bahagian barat.

Beberapa hari sebelum ini, pasukan pemberontak dihujani bedilan meriam pasukan tentera Gaddafi apabila mereka melancarkan serangan balas di Brega untuk meneruskan kemaraan ke Tripoli.

Tanpa sokongan serangan udara tentera pakatan, tentera pemberontak dengan kelengkapan senjata yang lemah terpaksa berundur kira-kira 200 kilometer dari sebuah lagi bandar minyak Ras Lanuf di timur Brega. – AFP/Reuters
Berita Harian Online | Britain pujuk 10 lagi sekutu Gaddafi belot

No comments: