SEORANG budak perempuan melihat ketam gergasi yang dibela di akuarium Sea Life di Timmendorfer Strand, utara Jerman. |
HARRISBURG: Pihak polis daerah Dauphin di wilayah Pennsylvania kini memburu seorang lelaki yang dituduh mencuri sepit ketam bernilai AS$800 (RM2,400) dari sebuah pasar raya, kelmarin.
Pegawai keselamatan di sini berkata, suspek itu meletakkan sepit ketam bermutu tinggi itu dalam sebuah troli yang diletakkan di tempat lain apabila dia membayar untuk satu botol minuman di kaunter layan diri.
Selepas membuat bayaran itu, dia kembali ke troli itu dan menolaknya keluar dari pasar raya itu sebelum memasukkan barangan curi itu ke dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda.
Pencuri itu dilaporkan sebagai seorang lelaki kulit hitam memakai baju kulit berwarna hitam, kemeja-T dan topi besbol dan melakukan perbuatan itu dengan bersahaja.
Kejadian berlaku jam 2 pagi waktu tempatan di pasar raya di Union Deposit Road. Video pengawasan menunjukkan lelaki itu meletakkan ketam dalam kenderaan berkenaan.
Tidak diketahui apakah spesies ketam yang menjadi mangsa pencuri itu. – Agensi Berita Harian Online | Polis buru suspek curi sepit ketam
No comments:
Post a Comment