Pages

Saturday, April 2, 2011

3 warga Palestin maut serangan Israel di Gaza

Berita Harian Online | 3 warga Palestin maut serangan Israel di Gaza: "
BANDARAYA GAZA: Tiga warga Palestin maut dan seorang cedera akibat serangan udara tentera Israel di selatan Semenanjung Gaza, awal hari ini.

Serangan kali ini mensasarkan sebuah kereta yang sedang dipandu mangsa dalam perjalanan antara Bandar Khan Yunis dan kem pelarian Deir al-Balah.

Identiti mangsa yang maut setakat ini belum diketahui.
Jurucakap tentera Israel berkata, serangan itu adalah hasil gabungan dengan agensi keselamatan tenpatan, Shin Bet bagi melemahkan kedudukan militan selain menangani kegiatan menculik warga Israel yang masuk bagi menghadiri satu majlis keagaan Yahudi di Passover.

“Pesawat Tentera Udara Israel berjaya menembak kawasan penjara Hamas yang turut menghancurkan rancangan penculikan di Semenanjung Sinai serta majlis keagamaan di Passover,” katanya. - AFP"

No comments: